Friday, December 18, 2009

Konklusi

Semua orang mencari conclusion di dalam hidup. Seperti di dalam filem setiap cerita mempunyai ending dan conclusion. Kita disogok untuk percaya kita perlu mencari conclusion hidup dalam memastikan kita hidup dalam pergertiaan yang kita mahukan ataupun tidak. Tapi, mereka sering lupa apa yang berlaku selepas ending. Yang tinggal hanya roh tunggu untuk dibangunkan di hari penghakiman nanti. Mereka lupa tentang itu, mereka busy mengejar kehidupan dunia yang penuh dengan illusi. Aku tak nafikan walaupun aku masih baru dalam pengertian islam. Tapi aku cuba kerana instinct aku mengatakan itulah kebenaran. Aku juga tak nafikan kadang-kadang informasi di sekeliling kita boleh mengugat kepercayaan aku. InsyaAllah aku mampu harungi itu semua.

Ada orang yang tahu tapi mengendahkan dengan kebenaran itu, mereka telah sebati dengan dunia dan illusi. Mereka perlukan dunia untuk merasa hidup walhal ianya kosong. Jiwa mereka kosong. Aku pernah rasainya. Sekarang aku tahu hala tujuan aku di dalam hidup ini. Aku redha dengan ketentuanya. Apa yang aku pilih itulah yang aku perlu pikul. Aku pasti ianya tidak sia-sia.

No comments: